Taklimat Advokasi Maklumat Palsu & eLearning

4 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

3 Februari 2019 – Pada hari ini, PI Linggi telah mengadakan kelas kepada 10 orang pelajar bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Kelas dimulakan dengan taklimat advokasi bertajuk ‘Maklumat Palsu’. Antara intipati di dalam taklimat ini ialah:

- Apa itu maklumat palsu?
- Jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan
- Contoh maklumat yang tidak tepat
- Kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar
- Bagaimana memastikan sumber maklumat itu sahih
- Portal dan aplikasi sebenarnya.my

Kemudian, peserta diajak bermain permainan ‘educational games’ dalam talian bagi melatih daya permikiran dan kosentrasi mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali